|
| UCAPAN PENGARAH PROMOSI / DUTA |
|
 |
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang ke dunia perniagaan TLMSB.
Sebagai makluman tuan / puan TLMSB ditubuhkan pada
6/04/2009. Beroperasi di Kuala Lumpur dan dikendalikan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. TLMSB merupakan syarikat yang berdaftar mengikut Akta 1963 dan menjalankan perniagaan, mengedar produk minyak pelincir,produk kecantikan, penjimat elektrik dan jangka panjang berbagai produk akan dikeluarkan mengikut keperluan
semasa.
|
|
Usahawan adalah istilah untuk
orangnya, keusahawanan adalah istilah untuk bidang
kerjayanya.
Jika diteliti, perkataan keusahawanan lebih menumpukan kepada
kebolehan, kemahiran sikap dan keinginan seseorang
Usahawan.
Jika semua dimensi ini seimbang, maka wujudnya seorang Usahawan yang
berkualiti, berdaya saingan dan mantap.
Atas sebab itulah apabila kita membicarakan mengenai
keusahawanan, kita sebenarnya fokus kepada menyediakan seseorang Usahawan itu agar mantap dalam 3 dimensi yang saya sebutkan
tadi.
Dengan cara ini seseorang Usahawan itu dapat
merancang, menubuhkan dan mentadbirkan perniagaannya dengan
baik.
Syarikat TLMSB kini merancang untuk melahirkan masyarakat Usahawan Bumiputra yang
berjaya. Sehubungan dengan itu TLMSB telah merancang strategik latihan pembangunan keusahawanan dari masa ke
semasa.
Sistem pendidikan yang berterusan tersangat penting sekali kerana itu akan menentukan arah tuju dan tahap prestasi sesebuah Organisasi / syarikat dalam perniagaan global. Kelulusan Akademik dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang belum dapat menjamin kejayaan jika individu tersebut tidak mempunyai motivasi
jatidiri.
Setiap orang mempunyai peluang untuk berjaya dengan syarat mereka mesti memberi peluang diri sendiri sebagai
cabaran, mereka yang gagal bukan tidak mempunyai kelebihan tetapi disebabkan gagal melihat apa yang ada di dalam diri sendiri iaitu bakat dan
kebolehan.
“Berjaya” adalah istilah yang umum. Keputusan anda, iaitu memilih untuk
berjaya, adalah keputusan yang bijak. Separuh dari kejayaan sudah berada ditangan
anda, separuh lagi memerlukan komitmen yang
bersungguh-sungguh, yang penting anda mesti tahu dimana anda berada dan kemana anda akan
pergi.
Anda perlu berfikir dengan betul untuk bertindak dengan betul. Pilihlah untuk berjaya bersama
TLMSB.
NAZREY JOHANI
|
|
|