KATA ALUAN 

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan syukur ke hadrat ilahi yang mengizinkan saya mencoret sepatah dua kata untuk tatapan para usahawan TLMSB.

Asas seorang usahawan bukan pada gerak-geri atau perbuatan zahir sahaja tetap pada kepintaran akal fikiran seorang usahawan sangat penting dalam dunia keusahwanan global masa kini kerana persaingan yang wujud sangat hebat serta mencabar.

Lantaran itu, seorang usahawan mesti meneliti dan menilai diri agar tidak tercicir dalam perniagaan yang diceburi oleh seseorang usahawan terutama dalam TLMSB.

Perkara yang paling penting adalah perlaksanaan yang betul dan bijak dilakukan oleh seseorang usahawan. Kefahaman jelas tentang keusahawanan bererti maju setapak ke hadapan ke arah pencapaian matlamat untuk menjadi usahawan berjaya sebagaimana digalakkan oleh ugama serta kerajaan kita. 

Dengan kata lain, ia perlu dilaksanakan bersepadu bermula dari sikap, perbuatan dan cara berfikir mengatur strategi serta penggunaan aliran kewangan perniagaan tersebut. Motivasi jati dir yang berkesan adalah diri seseorang usahawan itu sendiri, tuturkata dan kerja yang dilaksanakan mencerminkan keunggulan dan kecekapan dijadikan amalan oleh setiap usahawan pada sebarang ketika dan masa. Pengetahuan tersebut dapat meluaskan lagi bidang yang diceburi di samping mempertajamkan susunan strategi perniagaan dari masa ke semasa.

Seseorang usahawan TLMSB perlu bertanya pada diri sendiri “APA LAGI MESTI DILAKUKAN UNTUK MEMAJUKAN PERNIAGAAN DI MASA HADAPAN”. Dengan keazaman, keyakinan, keberanian dan kreativiti dapat membantu seseorang usahawan mencari penyelesaian mengatasi kerumitan demi kemajuan dan kejayaan. 

Selamat maju jaya bersama TLMSB.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

MD. NOOR BIN PITCHAY
Pengarah Urusan