|
| UCAPAN
PENGARAH PENTADBIRAN |
|
 |
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang ke dunia perniagaan TLMSB. Saya merasa berbesar hati kerana diberi peluang melakarkan kata-kata.
Dunia perniagaan bukanlah suatu yang asing bagi saya. Ibu dan ayah saya telah berniaga sejak dahulu lagi dan secara tidak langsung saya telah mendapat kuah yang tertumpah daripada mereka. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang telah mendedahkan saya kepada dunia perniagaan sehingga saya telah berjaya membuka perniagaan
sendiri. |
|
|
Dugaan dunia perniagaan dari tahun 1997 telah saya harungi sehingga 2008 dimana saya telah berjumpa dengan Dato’
Jaafar. Dengan pendedahan yang berterusan yang diberikan oleh Dato’ Ja’afar, saya yakin dan percaya bahawa sesuatu kejayaan besar tidak mungkin boleh dibuat secara
berseorangan. Dengan itu wujudlah TLMSB sebagai satu wadah untuk kita semua
berkarya.
Selaku pengarah pentadbiran yang diberi mandat, saya berjanji akan memberikan komitmen yang jitu dan padu menjalankan serta menguruskan organisasi TLMSB ini dengan yang terbaik untuk kebaikan syarikat dan para usahawan
TLMSB.
Ya, BERANI BERSATU MEMBINA KEJAYAAN BERSAMA adalah moto TLMSB bermaksud keberanian bekerja secara berkumpulan untuk kejayaan
bersama. Bukan mudah untuk membina satu team atau kumpulan yang dapat bersatu dan berkerjasama dengan baik tetapi dengan adanya Dato’ Ja’afar sebagai penasihat dan mentor saya percaya syarikat ini pasti akan ke mercu kejayaan dengan cepat dan
pantas.
KEJAYAAN PASTI MILIK KITA, JANGAN BERLENGAH LAGI, AYUH KITA BERUSAHA MENGEJAR
KEJAYAAN.
MD. AZMAN BIN ISHAK @ MOHD ISHAK
|
|
|
|